BTOP ACADEMY
Pada tahun 2014, Coach Rudie telah memberikan suatu peluang yang amat berharga kepada belia di sekitar perumahannya iaitu berlatih dan bermain bola sepak bersama jurulatih yang berpengalaman. Coach Rudie merupakan modal insan yang positif, serta sering memberi dorongan dan sokongan moral kepada mereka.
Pada awalnya, latihan bola sepak hanyalah bertujuan untuk keseronokan dan bersukan. Namun impak positif yang dapat dilihat dari inisiatif tersebut amat memberangsangkan, justru dijadikan asas bagi pembentukkan Akademi Btop, dimana pada tahun 2015, BTOP diberikan mandat untuk mengadakan program sukan untuk remaja yang bermasalah disiplin di Bachok Kelantan. Sejak itu, BTOP meneruskan usahanya dengan mengadakan pelbagai program sukan dan komuniti untuk belia komuniti setempat. Program dilaksanakan berpandukan bimbingan daripada jurulatih dan sukarelawan.
Kesan positif daripada program BTOP mendorong Coach Rudie untuk menubuhkan Akademi BTOP sebagai sebuah perusahaan sosial pada 20 Mac 2017, dengan harapan dapat dilestarikan untuk menangani masalah sosial dalam kalangan remaja melalui sukan.

Pengenalan
Latar Belakang

Logo
BTOP merupakan akronim "Bring the Opportunity Programme" yang bermaksud "Program untuk Menyediakan Peluang".
Bola Sepak melambangkan sukan pertama yang diperkenalkan di BTOP.
“Great Performance, Excellent Achievement” membawa maksud keutamaan kami adalah untuk melakukan yang terbaik untuk memberikan pencapaian yang hebat.
Jambangan padi melambangkan kejayaan dan sikap rendah diri,bak kata pepatah,"ikut resmi padi, semakin tunduk semakin berisi".
Warna emas melambangkan sikap positif dan optimistik yang kami ingin pupuk dalam kalangan remaja.
Visi
Membanteras gejala sosial dalam kalangan belia.
Misi
Memperkasa belia melalui sukan dan gaya hidup sihat dengan panduan profesional.
Garis Masa
2014
Kota Bharu
Permulaan
Kelab bola sepak komuniti dalam kalangan belia sekitar perumahan.
2015
Bachok
Projek Pertama BTOP
Projek Bola Sepak BTOP dengan kerjasama MAAH dan USM
Futsal akar umbi dilancarkan
2016
Cyberjaya
MaGIC
Malaysian Global Innovation and Creativity Center (MaGIC) MAP social enterprise (SE) startup.
2017
Manila
Penubuhan Rasmi dan Program BTOP
20 Mac 2017, BTOP LLP ditubuhkan.
Program VIP INCITEMENT dan Kementerian Kewangan Malaysia
UNESCO Sports & SDGs Youth Taskforce di Manila
2017
SK Mentuan
Memanah
Pelancaran program memanah di SK Mentuan
2018
Kuala Lumpur
Kolaborasi
Premier Skills Community and Sportability British Council
Johan Cruyff Foundation dan Yayasan Hasanah
2019
Seoul
Sukan
Alumni BTOP terpilih untuk mewakili Kelantan dalam Pasukan Bola Sepak U21
MSSK Bola Sepak dan Memanah
UNESCO Sports & SDGs Youth Taskforce di Seoul.
MaGIC PUSH.
January, 2020
Kelantan
Cruyff Court
Opening ceremony of Cruyff Court in SK Mentuan
2020
Kelantan
Yayasan Hasanah
Grant for BTOP Resilience Programme
Pasukan BTOP


Kolaborasi & Perkongsian
