Cruyff Court Mentuan

Pada 22 Januari 2020, kerjasama antara Yayasan Hasanah dan Johan Cruyff Foundation telah membuahkan hasil apabila Cruyff Court keenam telah dirasmikan di SK Mentuan, Kota Bharu, Kelantan. Gelanggang ini terletak berhampiran dengan pusat bandar (10km), dan mempunyai komuniti yang padat.

Perkembangan yang pesat di negara ini telah mengakibatkan banyak kawasan awam tidak lagi selamat untuk anak muda bermain. Oleh itu, Cruyff Court Mentuan merupakan lokasi yang strategik dan selamat untuk anak muda bersukan, menjalin persahabatan, dan belajar erti kemenangan dan kekalahan.

Cruyff Court Mentuan kini dibuka untuk semua bagi mengadakan aktiviti sukan. Tempah slot anda di laman ini.

Kod Keselamatan:
security code
Sila masukkan kod keselamatan:

Submit
ms_MYMalay