Perusahaan Sosial
BTOP Academy
BTOP Academy merupakan sebuah perusahaan sosial yang baharu dan berkembang. Perusahaan sosial menggalaskan tanggungjawab dan matlamat sama seperti pertubuhan amal (non-profit organisation), sambil menjana kewangan seperti pertubuhan bukan amal (for-profit organisation). Perusahaan sosial merupakan bisnes yang mengutamakan impak sosial dalam komuniti setempat untuk membanteras isu-isu semasa. BTOP Academy mengadakan program sukan untuk mendekati warga belia dengan menyediakan peluang untuk bersukan dan mencungkil bakat mereka demi mengekang masalah sosial dalam kalangan remaja.
Kami percaya bahawa BTOP bukan sahaja dapat memupuk minat remaja dalam sukan, malah mampu memajukan prestasi akademik, meningkatkan keyakinan diri, dan memperkasa kemahiran berkomunikasi. Ini dapat terbukti melalui program-program yang lalu, di mana majoriti pelajar yang kurang berkemampuan mampu lulus sijil SPM, dan menyambung pelajaran dan latihan vokasional untuk menyediakan mereka ke alam pekerjaan.
Ayuh kita lestarikan inisiatif ini dan bekerjasama untuk memajukan belia untuk negara!
Bantuan Diperlukan
Sebagai perusahaan sosial, BTOP mengutamakan perkembangan ekonomi dan sosial yang seimbang. Misi dan visi kami untuk memperkasakan remaja melalui sukan dan membanteras gejala sosial dalam kalangan remaja mampu direalisasikan dengan sumbangan dan kolaborasi dari pihak anda.
Perkara | Benefisiari | Jumlah (RM) |
Yuran pelajar tahunan | 1 pelajar | 500 |
Yuran pasukan tahunan | 20 pelajar | 10 000 |
Pertandingan individu | 1 pelajar | 500 |
Pertandingan berpasukan | 20 pelajar | 10 000 |
Pensijilan jurulatih | 1 jurulatih | 1 000 |
Pensijilan pasukan | 5 jurulatih | 5 000 |
Hari Komuniti | 60 peserta | 6 000 |
Logo di laman sesawang | Logo anda akan dipamerkan di laman sesawang BTOP | 1 000 |
Logo pada sepanduk | Logo anda akan dipamerkan pada sepanduk kejohanan untuk tujuan pemasaran | 5 000 |
Logo pada peralatan sukan | Logo anda akan dipamerkan pada jersi, bib dll untuk tujuan pemasaran | 1 000 |
Anda juga boleh bergelar BTOP's Uncle dengan memberi penajaan sebanyak RM 10 000 untuk menampung 2 buah pasukan dan penyertaan kejohanan peringkat daerah untuk tempoh 1 tahun!


Kolaborasi & Perkongsian
