Kisah Kejayaan

Inspirasi Bersama

BTOP Academy telah menjalankan pelbagai program dan meraih minat ramai belia dalam komuniti setempat. Saksikan kisah mereka!

Peluang Keemasan Untuk Belia

Penubuhan BTOP Academy adalah bertujuan untuk memperkasa belia melalui sukan dan gaya hidup sihat untuk mencegah gejala sosial dalam kalangan mereka. Kami percaya pentingnya anak muda diberikan peluang yang sama rata untuk meningkatkan kualiti hubungan antara anak muda, ibu bapa dan komuniti setempat.

Pada masa yang sama, kami berhasrat untuk mencungkil bakat baharu dan melahirkan atlet muda yang seimbang dari segi akademik dan sukan. Kami juga bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran alumni BTOP dan komuniti kami dengan memupuk kemahiran kejurulatihan dan pengurusan.

Program BTOP sememangnya pilihan yang terbaik.

Benefisiari

Sekolah

young athletes

students

Kisah Kejayaan Nazwan

BTOP telah banyak membantu menyedarkan saya tentang kepentingan untuk menjadi lebih matang dan bertanggungjawab dengan diri sendiri. BTOP juga membuka peluang untuk saya mengetengahkan bakat saya dalam bola sepak sehingga saya dipilih untuk mewakili Presiden Kelantan, dan membantu saya membuka perniagaan saya sendiri.

Nik Nazwan (Alumni BTOP)

Program Kami

Program Sukan

Community Resilience Programme

Resilience 101 Coaching

Parental Coaching

Psychological Support Programme

Sports-based Resilience Programme

e-Coaching Lifestyle

Community Financial Literacy

Saya percaya BTOP mampu mengembangkan masyarakat di sini. Dengan menjadi jurulatih BTOP, saya sudah boleh berhenti kerja selaku buruh kasar..

Uzmi (Jurulatih BTOP)

HIGHLIGHTS

Futsal

young athletes

training sessions

Memanah

young athletes

training sessions

Bola Sepak

young athletes

training sessions

1 2 3 Boost Me Up

Projects

students

Sebelum ini, bilamana dia balik dari sekolah dia sering mengamuk kerana cikgu tidak memilih dia untuk bermain dalam pasukan bola. Tapi sejak dia menyertai BTOP, emosinya menjadi stabil. Malah dia akan bersiap 2 jam lebih awal untuk ke sini!

Ibu kepada peserta autistik

Pencapaian

Futsal

88Peserta

Juara
Liga Futsal BTOP 2019 (U14 Lelaki)

Memanah

16Peserta

1 silver medal & 5 bronze medals in MSSD 2020

6 students are qualified for MSS Kelantan 2020

Bola Sepak

75Peserta

Suku Akhir
MSS Daerah Bachok (U15)

Suku Akhir
MSS Daerah Bachok (U18)

Program Volunteering International Professionals (VIP) oleh INCITEMENT dan Kementerian Kewangan Malaysia

Pada tahun 2017, BTOP Academy telah mengendalikan "Impact Project 7" di bawah Program VIP. Projek ini berjaya meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan remaja, pada masa yang sama mencegah mereka dari terlibat dalam gelaja sosial. Dengan adanya bantuan dari felo-felo antarabangsa, projek ini juga telah berjaya membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan mewujudkan sistem sokongan yang utuh bagi peserta.

Hasil dari projek ini termasuklah:
i. 66 pelajar berjaya menamatkan program, manakala 2 diserap sebagai jurulatih, dan 4 lagi diserap sebagai penolong jurulatih.
ii. 2 modul program dihasilkan.
iii. 2 sesi latihan dihasilkan dan dijalankan.
iv. 1 kejohanan telah diadakan.
v. 5 rakan kongsi bersama organisasi berkenaan telah diadakan.
vi. 1 rakan kongsi bersama organisasi kerajaan telah diadakan.

Lihat Lagi
ms_MYMalay