Progam Sukan

Aktifkan Hidupmu

BTOP Academy menyediakan jurulatih berpengalaman dan berbakat untuk melatih belia untuk mengembangkan potensi diri.

Futsal

Program Futsal BTOP adalah terbuka untuk 12 peserta berumur 9 hingga 14 tahun sahaja. Program ini bertujuan untuk memperkasa kemahiran interpersonal anak muda, di samping melatih teknik dan kemahiran asas futsal.

Pasukan futsal ini dikendalikan oleh Coach Afeeq dan Coach Hazeeq, jurulatih disahkan oleh Junior Coach of Football Federation Australia.

Memanah

Program Memanah BTOP diperkenalkan untuk membantu pelajar lebih fokus dalam akademik untuk mencapai sasaran hidup. Pada masa yang sama, program ini membuka peluang kepada anak muda untuk menceburi sukan memanah dan menyertai pertandingan dan kejohanan.

Program ini dilaksanakan di bawah bimbingan Coach Rudie, beliau merupakan Jurulatih Profesional Memanah Nasional Tahap 1 NAAM.

Bola Sepak

Program Bola Sepak BTOP bermula sejak tahun 2009. Kini program ini dinaiktaraf dan dibahagikan kepada 4 peringkat mengikut umur.

1. BTOP U12 (12 pemain)
Peringkat pertama adalah khusus untuk pemain berumur 9 hingga 11 tahun. Melalui program ini, peserta dijangka untuk belajar teknik dan kemahiran asas bola sepak, dan juga memupuk kemahiran interpersonal.

2. BTOP U13 (20 pemain)
Peringkat kedua pula bertujuan untuk memberi motivasi untuk pelajar lebih fokus pada keseimbangan akademik dan sukan melalui disiplin diri dan pengurusan diri. Kami juga berharap peserta dapat meningkatkan keyakinan diri untuk menjadi remaja yang berkaliber.

3. BTOP U15 (20 pemain)
Modul latihan yang diguna pakai dalam peringkat ketiga pula bertujuan untuk memantapkan kemahiran interpersonal dan berorganisasi. Peserta diharapkan agar dapat memahami kepentingan kerjasama dan semangat kesukanan.

4. BTOP U17 (20 pemain)
20 pemain bola sepak sekolah menengah akan berpeluang untuk menyertai peringkat keempat Program Bola Sepak BTOP. Pada peringkat ini, penekanan terhadap keseimbangan dari segi akademik dan sukan adalah keutamaan kami. Hal ini kerana pelajar akan mengambil peperiksaan SPM, oleh itu bimbingan dan motivasi merupakan aspek yang penting sebagai panduan hidup.

Sofbol

Program Sofbol BTOP dahulunya diadakan di SMK Badak untuk memberi peluang sama rata kepada pelajar perempuan dalam menyertai sukan kompetitif. Program ini dijalankan selama setahun. Diharapkan agar lebih banyak program sukan dapat diperkenalkan pada masa hadapan.

ms_MYMalay